Raya tahun ni mmg lain sangat2. Yelah si Mimi apa mimpi ntah nak bertudung, xpelah sebagai ibu saya menggalakkan..kot2 ibunya akan menjejaki langkah si anak..amin. Tapi sekejap je tudung tu melekat kat kepala, sebab panas kan. Tapi memang saya kena bahan jelah..dah mcm Shieda Dangdut ngan Bienda kata family saya. Korang kat luar2 tu takyahlah mengata saya pulak..baru je bermaafan kan..nanti mak sentap tau..no, no, no..hahaha. Dinding hijau tu pun ada cerita tersendiri. Nanti2 saya story.
Pagi raya tahun ni suami terbabas, terus terlepas solat Raya. Pergi rumah babysitter pun dah lambat, sampai dorang call2 tanya di mana. Sampai rumah kakak saya pun lambat, walhal blok sebelah je. Sampai2 amiklah spot masing2. Tengok fifi, awal2 dah cop spot depan tv. Patutnya giliran raya tahun ni di N9 dahulu, tapi dari pengalaman sudah2, beraya lah di KL dulu. Sebab ramainya dan meriahnya pada hari raya pertama je...lepas tu sunyi. Masing2 beraya di kampung, suami pun turut setuju. Raya kedua baru kami balik Johol. Alhamdulillah, jalan masa pergi dan pulang dari kampung buat kami tersenyum je sepanjang jalan..hehehe.
Di mana ada lantai putih, silalah letak punggung masing2 ye. Almaklumlah rumah flat sempit. Bila ada satu keluarga datang bertandang, puak2 yang ini semua kena keluar..sedih kan..tapi seronok.
Makan pun kena amik giliran. Kau sudah, bangunlah cepat2, orang lain pun mahu makan juga. Juadah biasalah, masak lodeh nasi himpit, dan ketupat daun palas.
Yang rasa2 flat tu nak runtuh, sandar2lah di mana2 dinding. Asal boleh jelah.Tuan rumah pandai2 lah makan kat dapur ye..hahaha. Kesian.
Lepas tu kami ramai2 beraya di Puchong. Melawat nenek saudara sebelah Paksu saya. Lepas tu baru ziarah ke kubur. Dah lewat petang. Orang pun dah takde. Tapi Mimi seronok baca doa dan siram air untuk yang telah pergi. Ini jelah gambar raya saya. Serius, malas betul nak bergambar. Sekeping pun saya tak amik masa beraya di rumah MIL di N9. Sibuk2 manalah nak ingat mana handphone, mana kamera. Makan dan sembang2 lagi best. Jemputlah ke rumah ye beraya, tapi bgtau dulu. Adat orang di bandar, bukan apa, takut datang nanti mengadap pintu pagar je..tuan rumah gi jalan beraya..hehehe.
28 comments:
mai la beraya umah sy..:-)
selamat hari raya kak..sonot tgk beraya ramai2 camtu..raya tahun ni sy bias2 aje sbb tak balik ganu..umah hubby, berapa org sgtla dtg...sob sob sob
salam ziarah n salam aidilfitri.
selamat hari raya kak~~
selamat hari raya dee..maaf zahir batin..
ntahla... sebok mkn jerk... hahaha
maaf zahir batin yea :)
kelakor lak bile part Bienda dan Shida tu...hihi
takpe, sampai masa nanti Dee akan pakai jugak dgn ikhals kan...
insyaAllah...
meriah tul raya kan...
Kamu pernah tak rambot panjang lepas bahu...?
slmt hr ry sis ;)
selamat hari raya dee.. lawa dinding kaler ijau woot woot
bila dah ramai2 memang meriah..
bila dah bersempit sempit tu baru la best!!
Tp betullah...kalau Kak Dee balik awal2 arituh LEKAS jam teruk...hujan kilat pulak tuh...
Anywayz, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN Kak Dee...nieh datang beraya kat "umah" Kak Dee sambil minum Mamil Gold:)
jangan kater umah kecik,
umah besor pun sempit jgak..
ala ala rumah besor plak..
camana pun, its not about the rumah yg kita nak gi:D
its about the duit raya :D
tiap kali raya... mesti ambik gambo... tapi simpan dalam pc je.. huhuhu
thn ni kitorang punya gambor raya sume dah kena delete..huhu
khusyuk berkumpul adik beradik sedara mara :)
tak kira dah tempat luas ke kecil...
kemesraan tu yg tak de tolok bandingnya....
raya haji x blk johol????
Post a Comment