Friday, September 30, 2011

Lelah..


Body and mind too exhausted.  Need a break.  Will be back soon.  Take care everybody and enjoy your weekend!


Thursday, September 29, 2011

Sessi Group Hug...

Sebelum nak peluk2 manja ramai2, kita isi perut dululah ye.  Eh..orang lelaki takleh join lah sessi ni.  Nak gak boleh, gi je peluk semua yg lelaki2 je..hahaha.  Eh, tetiba teringat pasangan 'tut' berpelukan dlm bas masa nak balik keje aritu..OMG..rasa nak muntah ok...hahaha.  Jangan muntah lagi, food ada depan mata.  Korang tengok, mcmlah food court tu takde jual makanan lain.  Tapi yakinlah mmg sedap ini Portuguese Grill kat Midvalley  Maka orderlah benda yang sama tapi isi lain2..ada ikan pun ikan lain2...hehehe. 
Mereka2 yang join group hug aritu adalah kelihatan seperti berpuasa tidak sabar menerkam food2 tu.  Yang puasa sebenarnya orang lain...hahaha.  Link?  Malaslah nak kasi, dorang ni kan selalu keluar blog saya.  Tapi kalau tak kasi, nanti dorang boikot saya wooo.  Nanti saya bagi link ye.  Dari kiri, Ayumie, Iyra dan CT Elly.
Mak orang sebelah anak dara orang.  Opppsss...cantik tak mak orang tu?  Anak dara orang dah tentulah cantik.  Muka ceria habis masing2.  Sebenarnya yang nak kena tarbiah sorang je.  Yang dok mentarbiahkan 2 orang.  Yang lagi sorang sangatlah a good listener.  Tapi bila dia bercakap, terus direct to the point.  Alhamdulillah, sahabat2 bloggers ini sudah seperti adik2 saya.  Sangat rapat dan menjadikan kami rakan di luar alam maya.  Bila sorang ada masalah, marilah ramai2 menghiburkan hatinya.  Eh..ahkak paling tua ye kat situ? Muahaha...
Nama je paling tua tapi nampak aiskrim Baskin Robbins saya je yang paling teringin nak membeli dan membahamnya.  Yang muda2 suka posing.  Kasi chancelah.  Tetiba teringat kata2 seorang sahabat blogger.  "Andaikata Tuhan ingin menguji persahabatan kita, ku berharap, yang RAHSIA TETAP RAHSIA.  Segala kekurangan diri tidak diungkit dan kita tidak bermusuhan terus-terusan.  Moga tidak ada sekelumit pun dendam kesumat di hati.  Jika aku tersasar dari landasan, sahabat, tariklah aku ke pangkal jalan".  Amin..saya turut doakan begitu.  

Wednesday, September 28, 2011

WW lah Sangat...

WW lah sangatkan..utk orang yg kuat bebel cam saya, mana boleh WW sangat.  Tapi nak gak sajikan gambar2 food kesukaan saya.  Ni Portuguese Grill di Food Court Oasis, Level 2, Midvalley sebelah HP.  Fav dish, pari + lala..tp yg ni ada pic udang+sotong je..hehehe.  Sedap, u oll wajib cuba.
Lagi satu meehoon sup ni kat Jalan Chan Sow Lin, Jalan Dua, sebelah Peugeot Service Centre, sederet Southgate.  Sabtu Ahad pun buka pagi sahaja.  Orang memang sentiasa ramai.  Ada lontong yg sangat sedap, nasi lemak berlauk pun.  Tapi saya paling suka meehoon sup ni.  Tambah kepak and begedil, harga up sket..hehehe.  Teh tarik kat sini pun sedap.  Cuba..jangan tak cuba. 

Oh, nasi lemak Ipin Kari Telur ni kalau saya tak pekena sebulan sekali boleh jadi ketagih, kempunan dibuatnya.  Jaranglah jumpa orang meniaga nasi lemak ada lauk kari telur, kari fishball dan sambal ikan.  Ikan tenggiri kecik2 kot.  Saya tak pernah order.  Yang saya punya favourite, kari ayam drumstick, kari telur dan sambal banyak2.   Serius sedap.  Berniaga hari weekdays je kat tepi Wisma Cosway,  And kalau pergi mmg orang queue je..tp don't worry, service sgt pantas.  Fav saya dan Ikiqzalia..kitorang selalu gak dating bfast sesama bila2 rasa teringin..hehehe.

Rasanya yang ni lah yang Dr Singa dok cakap ngan saya dia suka makan daging/ayam+kicap+telur.  Serius, menu ni rupa buruk sket, simple giler.  Tapi sedap.  Kalau nak order pun saya cakap, nak daging+kicap+telur.  Takde nama specific.  Ni dijual di kedai berhampiran rumah saya.  Kedai tu terletak di antara sederet kedai di tepi Sungai Klang.  Tapi kedai ni tutup awal.  Nasib baik dapatlah makan, nasib tak baik nganga.  Berselera giler bila makan ni ngan nasi panas, tapi jgn lupa mtk sup kosong.  Eh..ada juga cili api dan kacang pjg serta carrot dlm ni.  Mana rumah saya?  Sebuah kondo di tepi Midvalley..hahaha.  Tengok,  saya mana boleh WW...sebab byk sgt nak citer.  Oklah, selamat berWW ye.  Bye.

Tuesday, September 27, 2011

Nama Menu Semua Sudah Lupa...

Cerita ni before puasa lagi tapi demi menghargai kawan2 yg belanja makan, marilah kita upkan juga cerita ni.  Kalau tak silap sebab celebrate birthday saya ni.  Giler lama punya cerita..hahaha.  Eh, lupa nak perkenalkan..ini Kojah.  Sekarang semakin cantik dan semakin sukses.  Alhamdulillah berkat rajin dan usaha dia juga. 
 Ini air kitorang.  Nama?  Jangan kau tanya..dah lupa.
 Ini food saya..lupa juga dah nama...hahaha.
 Ini food Kojah..nama? Lupa gaklah.  Senang giler saya buat entry hari ni..hahaha.
Orang yang happy dpt makan free..hahaha.  Kitorang makan di Paddington's House of Pancakes kat Midvalley, LG bersebelahan dengan Tony Roma's.  Thanks pada Kojah sebab belanja makan.  Semoga dimurahkan rezeki sentiasa.  Oklah, hari ni busy sket.  Nanti saya cuba BW ye.  Bye, take care.

Monday, September 26, 2011

Andai Ku Tahu...

Kebetulan betullah kan..my director nun dari Sarawak ada kursus kat hotel di KL ni.  Sy yang menurut perintah kenalah pi mengadap sebab nak amik signature.  Yang best hotel tu adalah tempat keje cik puan sorang ni.  Apalagi, marilah roger2.  Lps dah dpt sign, tuju lah coffee house.  Minum hot cappucino ni pun on the house.  Gambar director?  Aje giler teman nak ngamik gambar dato' tu..tak berani teman der..hahaha.
Inilah cik puan tu, CT Elly.  Thanks sis kerana belanja saya minum2 kt hotel.  Kejadian dah lama arini baru cerita..hehehe. 
Dah alang2 time dia nak balik kerja pun kan..jom lah ronda2 di The Mall.  Kami singgah makan di Kenny Roger Roaster.  Ni dee punya...hehehe. 
Ini sis Elly punya...abis licin boliau. 
 Baked potato ni pun sis Elly punya.  Saya suka gak baked potato ni tapi yg Wendy's punya.  Sedap.
Tersenyum tuan punya food.  Dahlah belanja saya cappucino pastu dia gi belanja lagi KRR ni.  Saya terlupa betul yg esok tu harijadi dia.  Andai ku tahu...i treat dia kat Secret Recipe je...potong2 kek..lagi sweet..hahaha.  Takpe, nanti dee belanja sis lak ye.  Thanks belanja makan2 hari tu.  Moga panjang umur, murah rezeki.  Amin...

Friday, September 23, 2011

Rotan...


Haritu my husband gi outstation Melaka.  Niat dia nak beli rotan ni dah lama tapi saya dok halang2.  Tapi bila tengok perangai anak2 yg makin lama makin tak dengar cakap, beli jelah ayah oii.  So, dia beli 2, sorang satu.  Xyah rebut2.  Sebab anak kitorang mmg suka berebut.  Ayah dia cakap, ayah ada beli hadiah utk kakak dan adik.  Excitedlah bebudak tu.  Sekali tgk benda ni...apalagi..terus taknak ayah..taknak ayah.  So, far takdelah hinggap ke badan anak2.  Masing2 dah kecut perut.  Elok je tergantung dua tu kan.  Alhamdulillah, boleh juga mendengar kata.  Apa pendapat u oll tentang rotan-merotan ni ye?  Sharelah..

Thursday, September 22, 2011

Birthday Bash Amani Cum Open House..

Cuti panjang 3 hari tu dipenuhi dengan open house je.  Best kan? Hahaha..so, Sabtu tu kitorang ke Puncak Jalil, ada jemputan birthday bash Amani dan Open House Cik Pepel.  Bila blogger berkumpul macam nilah jadinya.  Ada Amy Sweetdarling, adiknya Myra, Mummysyafie, Kaseh, Ayumie, InaAchik dan yang depan sekali tu Neena Gojes Gonjeng...muahaha.  Lama giler kitorang lepak kat sini dari tak hujan smpi hujan smpi teduhlah hujan tu..hehehe. 
Si CT Elly macam biasa, lewat sket.  Rumah dia jauhkan.  Pastu tak pandai sgt area situ..sib baik jumpa gak. Sis Rasp pun ada.  Perasan tak semua biru, saya je merah.  Yelah..orang lain dpt invitation baca betul2.  Saya tak, doklah tergambar kesedapan masakan maktok Amani.  Tu tak perasan ada tema...hahaha.  Sib baik tak kena boikot.  Tapi untung gak pakai warna lain, bila amik pic, saya lah yang paling terserlah..hehehe.
Selalu bermesra kat blog ngan FB je.  Tapi bila jumpa depan mata, perghhh...mmg dia ni cantiklah.  Sampai Ayumie kekaguman.  Kak, muka dia lawa macam Kajol lah kak.  Bulu mata ori uols...xyah sibuk2 cari bulu mata pelesu.  Melentik gila.  Walau dia ni cantik kebaboom..tapi tak sombong.  Tak percaya?  Cuba gi terjah blog dia..friendly sangat2.  Nice meeting you Neena...u memang gojes gonjeng...kehkehkeh.
Sebelum balik, amiklah pic dengan tuan rumah dan birthday girl si Amani tu.  Nampak tak kat tangan saya tu?  Tapau beb..hahaha.  Maktok Amani suruh saya makan semua.  Manalah saya laratkan.  So, saya ckp kalau makcik nak tapaukan bolehlah.  Sungguh2 mak dia tapau..lepat labu uolls..hehehe..malu tapi mahu.  Thx maktok..masakan maktok semua sedap..nak2 sambal udang kuala muda tu...pergh..masih terasa2.  Nanti kami terjah kg maktoklah.  Pada Cik Pepel dan suami terima kasih atas undangan dan layanan yang superb.  Tahun depan jangan serik jemput kami lagi.  

Wednesday, September 21, 2011

Open House ~ Raya Sakan..

Minggu pertama balik ke KL tu, saya telah diroger2 oleh Ayumie untuk datang beraya ke rumah dia.  Sbb dekat sangat dengan rumah saya, maka marilah pergi berziarah sambil makan2.  Kejadian hari yang saya buat passport tu.  Hujan lebat tidak menjadi penghalang..cewah.  Partner in crime yang join ialah Amy Sweetdarling, Iyra dan Cik Pepel.  Si CT Elly pun ada jugak tapi dia lambat sket sampai..sebab dia buat passport di Wangsa Maju.  Pukul 3 lebih baru dapat..hahaha..ambik kau. 
Cameraman memang suka amik gambar orang tengah makan.  Ada lagi yang tak senonoh tapi saya tak sharelah kat sini..hahaha.  Mee kari Ayumie sedap.  Ada lontong tapi saya tak amik..borak lagi best kot. 
Ahad tu pulak, kebetulan memang saya nak pergi beraya rumah Amy Sweetdarling.  Membalas kunjungan katakan.  Tengok, gambar saya tengah makan lagi...hahaha.  Sedap woo..laksa Amy, saya tambah 2 kali.  Sampai tak pandanglah kuah kacang dan lain2 tu. 
Eh..bukan saya sorang.  Mestilah saya ajak partner in crime join sekali.  Ada Mummysyafie, Sis Rasp, Ayumie, Iyra ngan Cik Pepel.  Eh...ada sis CT Elly lah..jap eh..
Ha..tu..yang baju kuning tu.  Hari tu smpi malamlah dia ikut saya beraya.  Ke mana2 dia ikut..bagus..tak segan.  Esok kita citer raya & birthday bash rumah blogger lain lak ye.  Nantikan..

P/S:- Thx Amy for the pictures..ye..saya cilok dari FB Amy..hehehe..

Tuesday, September 20, 2011

Tetamu Blogger Pertama..

Ya, setiap tahun memang si Amy Sweetdarlinglah tetamu blogger pertama saya.  Dengan dia senang, kau ada rumah tak dee, aku nak datang raya..hahaha.  Ok, bila? On terus.  Saya ni memang tak pernah buat open house.  Sapa mau datang, terus je roger2.  Bagitau awal, boleh saya masak, tak bagitau..makan jelah apa yang ada.  Eh, kuih raya saya ada lagi tau..hehehe.  Kau tengok si mimi tu, dia ingat dia ringan agaknya.  Adeh..
Pastu baru nak posing elok2.  Alahai..anak2.  Eh, saya ada beli karipap ikan dengan Amy.  Lupa pulak nak snap.  Takpe, nanti saya share dengan u oll eh.  Manalah tau mau order ngan Amy ke.   
Anak2 dah biasa berjumpa, so, memang ginilah gayanya kan.  Bagus, main sama2...auntie senang hati, xyah layan aduan2 si Mimi tu.  Dia tu kuat mengadu..kehkehkeh. 
Sebenarnya uniform saya lain.  Si Amy cakap, hey, aku nak amik gambar ngan kau ni.  Pakailah elok sket.  Maka saya sarunglah baju kurung yg tidak perlu digosok.  Muka secalit bedak pun takde.  Natural beautylah konon..hahaha.  Ni jelah sorang tetamu saya.  Tak percaya?  Percayalah..hahaha.  Lepas ni saya story tentang rumah2 blogger yang saya serang masa syawal ni ye.  Bye!

Monday, September 19, 2011

Akhirnya..

Sabtu lepas balik bercuti raya, saya terjah Jabatan ini.  Pergh..ramai giler orang.  Takpe, demi nak menyeberang lautan, sanggup je saya redah..hehehe.
Ye, saya pegi buat passport.  Ni buat kat Jabatan Imigresen, Pusat Bandar Damansara.  Jangan kau tanya soalan, kenapa tak buat kat Wangsa Maju?  Dah umah aku kat Bangsar buat apa lah aku nak gi jauh2 tu.  Baik kau tanya je kenapa tak buat kat Johor Bahru? Hahaha.
Oh, kalau nak renew passport, pergi jelah kiosk KIPPAS ni.  Memang sangat memudahkan.  Guna mesin, pastu balik rumah tidur 2 jam, datang balik untuk amik new passport.  Kiosk ni buka weekdays je, weekend tutup.  Tapi Imigresen buka dari jam 8 pagi smpi 1 tengahari Sabtu dan Ahad.  Banyak juga branch yang buka weekend.  Wangsa Maju, Putrajaya, Shah Alam, Kajang, Kelana Jaya.  Korang check jelah kat website ye.  Lupa nak kasitau, bulan 10 ni dorang kat Pusat Bandar Damansara pindah ke Kompleks Mini, Jalan Duta tau.  Jangan kau tanya aku kat mana tempat ni..google lah ye..muahaha.
Tengok tu muka happy walau pukul 2.30 petang baru dapat passport..hahaha.  Ini show off di rumah blogger masa dia buat open house.  Umah sapa?  Nanti saya citer ye.  Kenapa 2.30 sedangkan piagam pelanggan tulis 1 jam je proses?  Sebab nak serah passport, ada 100++ orang depan saya, nak byr kat juruwang pun ada 100++ orang depan saya.  Nak tunggu passport?  Serupa lah..ada 100++ orang jugalah depan saya..hahaha.  Takpelah, janji yang wajib ada sudah di dalam genggaman.  Saya mahu terbang!!

Thursday, September 15, 2011

Congrats!!

 CONGRATS TO DADDY ZIYYAD!!


Betul jawapan Daddy Ziyyad tu.  Ini ialah telur burung ostrich yang telah dihiaskan.  Kat mana kitorang buat hiasan ni?  Kat Viva Home.  Telur tu dapat dari abang kepada kawan baik saya.  Dia memang involve dengan penternakan dan pertanian.  Telur ni sekarang berada di rumah kakak kepada kawan baik saya di Kuching.  So, to Daddy Ziyyad, sila emailkan alamat di deekuntum@gmail.com untuk saya poskan hadiah FM 2 ketul itu.  Tahniah lagi sekali!